Selamat melayari blog saya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog saya. Saya mengalu-alukan perkongsian idea dengan anda. Segala pandangan daripada anda amatlah diharapkan.


Sunday, January 25, 2009

Kita perlu lebih Peka

kenapa saya mengatakan kita Perlu lebih Peka? ya... Peka itu adalah sesuatu keprihatinan kita terhadap sesuatu. Dari buaian kita dididik untuk menjadi manusia yang berguna tetapi tiba-tiba lain pula jadinya. Itu yang saya katakan kita perlu lebih peka.

Peka dengan diri sendiri, peka dengan isu dalam masyarakat dan peka dengan perkembangan semasa. Sedih saya melihat ramai anak muda melayu sebaya saya hanyut dengan kehidupan mereka. Akibat terlalu banyak berseronok itulah jadinya.

Hampir 16 tahun saya berada di Kota metropolitan Kula Lumpur. Terlalu banyak perkara yang tak sepatutnya orang-orang kita buat tetapi dibuat tanpa rasa segan dan tanpa rasa bersalah. Minum arak, berpeleseran sana sini, ganja, disko... semuanya itu tak dapat saya nk ungkapkan lagi..

Tak rasa rugikah kita dengan peluang hidup yang diberikan oleh ALLAH kepada kita di dunia ini? Nikmat dunia jangan disalahguna, ianya hanya seketika. Ingatlah masa tidak dapat kembali lagi. sesat ia berlalu maka ianya akan menjadi sejarah.

Jom kita sama-sama jadi orang yang peka dengan keadaan ini. Jom Kita pakat-pakat jadi orang muda yang berguna Demi agama, bangsa dan negara.

Jadikan diri sendiri contoh kepada orang lain..

Friday, January 23, 2009

KITA PERLU BERANI

Sebagai seorang pemikir yang kritis dan inovatif, kita perlu menyedari hakikat bahawa hidup ini perlu diteruskan tanpa kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan bersedia menanggung risiko yang bakal mendatang.

Tanyalah diri kita, kenapa orang lain mempunyai kehidupan yang mewah dan lebih baik dari kita sedangkan kita pun sama dengan mereka. Jangan kita malas untuk berfikir dan jangan pula kita hanya melangut menunggu bulan jatuh ke riba. Mengapa kita terus begini? mengapa kita asyik dihimpit permasalahan? itu antara persoalan yang bermain di benak pemikiran penulis.

Tuntasnya, kita sebenarnya menanduskan pemikiran dan tindakan kita tanpa berani untuk mencipta kelainan dan berubah. Jika hari ini kita masih seperti hari kelamarin maka kita sebenarnya orang yang rugi..

Ayuh! beranikan diri untuk mencuba. Kata orang belum cuba belum tahu.. jangan mentafsir sesuatu sebelum merasai sesuatu.. Majukan diri, majukan keluarga, majukan masyarakt dan majukan negara.

Saturday, November 29, 2008

Bosan tengok pasukan bola Malaysia

alahai... cakap pasal bola aku btl2 nyampah dengan mutu bola sepak negara. aku salah sorg peminat bola. hari2 aku baca perkembangan bola negara. tapi sedih... lembik, manja, tak der daya juang yg jitu.

boring... boring...

Monday, September 15, 2008

Tonjolkan budaya sendiri

Pelik dan hairan. itulah gambaran yang bermain di benak pemikiran saya apabila memikirkan tentang Malaysia. Aduh... budaya kita dah semakin lunyai di bumi sendiri. Manakan tidak, budaya asing lebih diagungkan. Apa kurangnya dengan budaya kita? kenapa malu nak tonjolkan budaya sendiri? Budaya adalah jiwa bangsa Kita perlu hayati dan cerminkan kepada dunia bahawa negara kita mempunyai identiti yang teguh sebagai sebuah negara membangun.

Kalau difikirkan sejenak, sebenarya negara kita sangat unik kerana rakyatnya yang berbilang kaum. Jika digabungkan pemikiran dan kemahiran sudah pasti negara kita akan lebih membangun dan maju serta dihormati oleh masyarakat dunia. Kita ada bermacam budaya, tidak kiralah apa bangsa kita yang penting kita dapat hidup dalam suasana hormat-menghormati dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Buat apa kita terlalu memuja budaya luar? lihatlah di media elektronik dan media cetak hari ini, budaya luar terlalu mudah meresap ke dalam negara kita hinggakan budaya kita sendiri terus tenggelam. Hm... fikir-fikirkanlah... tak guna tulis panjang2 cukuplah sekadar peringatan. Ingatkan diri kita sendiri sebagai warganegara merdeka bahawa kita bertanggungjawab menjaga dan mempertahan budaya kita agar terus bercambah dan diwarisi. Biar dari kaum apa pun kita, samada Melayu, Cina, India atau kaum di Sabah Dan Sarawak, kita semua perlu menonjolkan budaya kita supaya mereka tahu bahawa kita adalah sebuah masyarakat yang bersatu padu.






Sunday, September 14, 2008

jadilah pengkritik yang bijak

Hari ini aku mula menulis blog. Sebelum ini aku bukan tak pernah menulis tapi tulis kat buku biasa je untuk bacaan sendiri. Maklum la kekangan waktu membuatkan aku tak sempat nak ke cc. Sejak aku pasang internet kat rumah aku terus ambil kesempatan menulis blog, jadi boleh la aku berkongsi idea aku dalam ruangan ini dengan seluruh manusia. Rugi la kalau aku tak guna kemudahan teknologi akhir zaman ni..

Sebenarnya aku nak jadi seorang manusia yang menyumbang. Rugi kalau dalam hidup kita tak beri sumbangan apa2. Apa yang termampu kita buat, kita buat dengan ikhlas... jangan hanya pandai memberi kritikan tapi tak bagi apa-apa sumbangan. Nak kritik boleh, tapi biar tahu bagi kaedah. kita kena bagi kritikan dan kaedah bersama. barula kritikan kita itu membina bukan kritikan kosong...

Aku tengok sekarang ramai orang yang mengkritik sesuatu perkara. kalau tanya kaedah macam mana nak selesaikan langsung tak tahu. Jadi aku syorkan agar kita bekalkan diri kita dengan ilmu yang berbukit dan kaedah yang bijak untuk mengkritik. Jangan kerana mulut badan binasa. jadilah penkritik yang bijak!